• Definisi

    Bandar Hijau ditakrifkan sebagai sebuah bandar yang dirancang dengan prinsip pembangunan lestari dengan program dan inisiatif untuk memelihara alam sekitar dan sumber semula jadi dalam usaha untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia ke alam sekitar. Aspek lain yang sering dikaitkan dengan konsep bandar hijau adalah pengurusan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui, pengurusan sisa dan pengurangan kesan gas rumah hijau (GHG) seperti karbon dioksida yang disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia.

    Dengan merujuk kepada definisi di atas, adalah jelas bahawa status bandar hijau yang akan dicapai di Putrajaya tidak terhad kepada kawasan hijau fizikal sahaja. Ia juga meliputi tiga matlamat utama seperti berikut:

    • Untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan penggunaan sumber
    • Untuk menggalakkan interaksi manusia dengan alam semula jadi
    • Untuk mengurangkan pelepasan karbon yang berkaitan dengan aktiviti manusia