• Taman Putra Perdana



    Taman ini mempunyai tarikannya yang tersendiri di mana mercu tanda pertama telah dibina serta melambangkan titik permulaan pembangunan daripada sebuah ladang berkembang menjadi sebuah Wilayah Persekutuan. Terdapat dua buah bangunan Ikonik Putrajaya di dalam taman ini iaitu Istana Melawati dan hotel Pulse Grande Putrajaya.

    Pengunjung juga berpeluang untuk melihat tarikan yang unik di taman ini iaitu Laman Megalith yang memaparkan beberapa koleksi megalith yang ditemui pada tahun 1989 di Kampung Gelanggang, Negeri Sembilan.

    Persekitaran taman yang penuh kehijauan memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung ketika melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga dan sahabat handai.