Putrajaya Sentral


Putrajaya Sentral

Putrajaya Sentral mula beroperasi pada tahun 2002 sebagai "Hab Pengangkutan Awam" untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang. Putrajaya Sentral mula dengan perkhidmatan "KLIA Transit" dan bas di kawasan Putrajaya, kini perkhidmatan pengangkutan yang disediakan meliputi KLIA Transit, Bas Putrajaya untuk kawasan Putrajaya dan Cyberjaya, Bas RApidKL, Metrobus, Syarikat Klang Banting, Bas Ekspres ke seluruh negara yang disediakan oleh :- Transnasional, Mahligai, Mutiara, AB Ekspress, Adik Beradik, Mega Jaya serta perkhidmatan teksi.

Perkhidmatan Lain

  • Stesen Putrajaya Sentral yang dibangunkan secara integrasi dengan kemudahan "Park & Ride" turut menyediakan sejumlah hampir 2000 lot parkir untuk kemudahan pengguna.
  • Kios-kios makanan dan minuman juga turut disediakan. Kini terdapat lebih 20 kios-kios makanan ringan dan minuman dengan pelbagai jenama disediakan antaranya Kopi Satu, 23 Hotdog, Leko-leko, Hot n Roll, TChannel dan Restoran Lengkuas.
  • Selain itu, kemudahan simpanan bag turut disediakan. Kini Putrajaya Sentral dijadikan titik mula untuk pelancong bersiar-siar disekitar Putrajaya melalui "Putrajaya Sightseeing"

Kemudahan Perkhidmatan Kios Daftar dan Bayaran

  • Kios Daftar masuk MAS (MALAYSIA AIRLINES)
  • Kios Bayaran Parkir
  • Kios Tambah Nilai Kad Putra