Cruise Tasik


Cruise Tasik

Terletak di tengah-tengah Putrajaya, Tasik Putrajaya seluas 650ha itu ialah pusat tarikan bandar ini, dengan keluasan air biru yang bersepadu dengan presint-presint sekelilingnya, ia adalah satu-satunya ciri yang menenangkan dan menyamankan.

Menerusi tasik yang berkeluk-keluk ini pelawat boleh mengambil pelayaran persiaran untuk melihat keajaiban mercu tanda bandar dan pemandangannya. Bagi kebanyakan orang, hanya melalui perspektif unik dari perairan tasik ini seseorang boleh melihat dan mengalami pemandangan menakjubkan ke atas Putrajaya.

Pelawat boleh membuat pilihan di antara dua kaedah pengangkutan apabila mengambil Pelayaran Persiaran Tasik Putrajaya iaitu melalui bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.

Kumpulan perahu ini menawarkan perjalanan yang lebih seronok dan setengah orang berpendapat ia adalah cara yang lebih romantik untuk melihat Putrajaya. Perahu-perahu yang terbuka itu mempunyai bentuk-bentuk yang unik - payang dan kolek dengan muatan 4 atau 6 orang, masing-masing dikendalikan oleh seorang pengendali bot.

Pelayaran Persiaran Tasik Putrajaya juga menyediakan "Pengalaman Makan Malam dengan Kelainan" dengan DAUN, iaitu bot mewah persiaran makan malamnya. DAUN dilengkapi dengan perhiasan tempat makan bertaraf 5-bintang, cuma istimewanya tempat ini ialah pemandangannya berubah-ubah.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan terbaik apabila makan malam di atas DAUN. Pengalaman majlis makan yang begitu hebat dan pada masa yang sama menikmati pemandangan pelbagai seni bina yang terdapat di Putrajaya.

DAUN yang boleh mengambil hanya kumpulan eksklusif kecil seramai 36 penumpang adalah sesuai untuk majlis persendirian dan korporat di mana perjalanan persiaran dengan makan tengah hari, minuman teh, koktail atau makan malam boleh ditempah atau untuk membuat persidangan di atasnya.

Tetami makan malam DAUN juga akan diberi minuman selamat datang dan kanopi di Ruang Isitirahat Diner's yang eksklusif di Pelayaran Persiaran Tasik Putrajaya sebelum menaiki bot untuk pelayaran dan makan malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cruisetasikputrajaya.com