• Light & Motion Putrajaya (LAMPU)


    GRAND PROJECTION MAPPING

    Lokasi : Bangunan Istana Kehakiman

    Pemetaan cahaya adalah merupakan sebuah persembahan cahaya yang menggunakan teknik dan teknologi yang tercanggih dalam industri pencahayaan dunia. Ia menghasilkan paparan dalam bentuk 3D pada fasad bangunan yang dipilih bagi menonjolkan keunikan perincian senibina bangunan tersebut.

    Teknik khusus yang lebih kreatif, resolusi tinggi, penambahan dalam sistem bunyi sekeliling serta kandungan visual yang akan diterapkan pada fasad bangunan Istana Kehakiman (Palace of Justice) akan kelihatan tampak hidup.

    Pada tahun ini, satu tema telah dipilih bagi perjalanan cerita persembahan projection mapping iaitu ‘Colours Of Putrajaya’.